Kenapa susah sangat ya Allah???...

 “Kenapa susah sangat ya Allah???....”


Selalu tak kita kata macam ni? Cepat ngaku! 😏


Kita sibuk pergi training. Belajar di sana. Belajar di sini. Banyak yang nak kena belajar untuk berjaya ni... 


Siapa yang beri kejayaan tu sebenarnya??


Bila nampak ada yang dah berjaya.. kita pun bertanya. “Buat macam mana? Apa tips?” Mereka pun dengan murah hati, berkongsi rahsia. Kita ikut.. tapi tak dapat!! 😭 


Siapa yang beri kejayaan tu sebenarnya??


Kita sibuk. Tak cukup masa. Terkejar sana. Terkejar sini. Nak berjaya, perlu usaha. Aaarrrrgggghhhhh!!!! Macam mana orang lain buat boleh, aku tak boleh?!


Siapa yang beri kejayaan tu sebenarnya?


Pernah tak kita terfikir...

A telah selamat sampai ke KL

B telah selamat sampai ke KL

C telah selamat sampai ke KL

Kita pun tanya, macam mana untuk sampai. Mesti lah perjalanannya berbeza. Sebab itu kita tak dapat sampai. Kerana...


A datang daripada Kedah

B datang daripada Kelantan

C datang daripada Johor

Kita pulak nak pergi daripada Sarawak. Adakah perjalanan nya sama?! Konar kiri, konar kanan. Simpang empat konar depan. Sama ke?!


Allah kata.. singgah dulu kat RNR ni.. Aku nak tunjuk jalan. Kita pun singgah sekejap. Malah ada jugak yang tak singgah langsung. Cepat la Allah, aku sibuk ni, nak cari rezeki.


Allah suruh kita ‘singgah RNR’ sebab sayang kita. Solat dulu dengan kusyuk. Baca Al Quran. Istighfar. Selawat. Zikir... Tapi kita konon nya sibuk nak cari rezeki.


Siapa yang memberi rezeki tu sebenarnya?!


Allah kata.. singgah dulu. Singgah la lama sikit. Mari lah kita sembang. Minta la apa yang kau mahu. 


Tapi kita dengan sombongnya... 

Tak apalah Allah, aku akan berusaha keras untuk berjaya!


😭😭😭😭😭😭😭


Kita tak sedar... tapi itulah yang sedang kita lakukan! Lepas tu tanya pulak....


Kenapa susah sangat ya Allah...????


#upgradediri 

#timahawi 

#yaminika 

#kitahamba 

#tomr

#pmc

Comments

Popular posts from this blog

Oh peria...

Nothing happens by chance!!!