Posts

Nothing happens by chance!!!

NOTHING HAPPENS BY CHANCE!!! Tiada apa yang kebetulan. Tiada apa yang, "nasib la..."   EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON!!! Kita tak tau apa kita nak makan tengahari nanti.. Tapi Allah dah susun,  Pesawah yang menanam padi, Nelayan yang menangkap ikan, Pekebun yang menanam sayur, Driver lori yang mengambil & menghantar hasil, Pekedai yang menjual, Suami yang membeli, Isteri yang memasak... 😉 Allah beri sedikit cabaran sebab Allah nak beri yang lebih baik. Nak daki bukit pun tak larat, macam mana nak daki gunung? Setiap Allah beri cabaran sebenarnya, ada kelebihan lain yang Allah beri. Tapi kita selalu tak nampak, sebab fokus pada 'cabaran'. Setiap apa cabaran didunia ni, InsyaAllah boleh di settle kan. Cabaran sebenarnya adalah bila kita dah kembali padaNya!  Contoh.. Bila kita ada cabaran kesihatan, Allah beri kelebihan kewangan. Bila kita ada cabaran kewangan, Allah beri kelebihan kasih sayang. Bila Allah beri cabaran kasih sayang, Allah beri kelebihan kesihatan.

Oh peria...

Buat apa yang kita suka atau suka apa yang kita buat? Oh...peria,  Ada yang suka, Ada yang kurang suka, Ada yang tidak suka, Oh ... peria, Ada yang suka makan, Ada yang kurang suka tapi suka makan, Ada yang tidak suka tapi terpaksa makan, Kenapa? Mengapa? Why? Kenak ka? Sebab khasiatnya... Kurang sedap,  Tidak sedap, Pahit, Tapi berkhasiat Begitulah kehidupan ini.. pahit tapi berkhasiat Seperti yang Allah nyatakan dalam Surah Al Baqarah ayat 216, “Diwajibkan ke atasmu berperang, walaupun kamu tidak menyukainya. Boleh jadi kamu bencikan sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu, tetapi ia tidak baik buatmu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” Oleh itu... Jangan lihat pada pahitnya kerja kita tapi lihat pada khasiatnya. Jangan lihat pada pahitnya orang sekeliling tapi lihat pada khasiatnya Jangan lihat pada pahitnya cabaran tapi lihat pada khasiatnya. Jika kita tidak suka pada kerja kita, lihatlah pada manfaat yang kita boleh beri pada diri kita

Syukur

Pagi tadi.. cuci telur.. Banyak 💩ayam 🤭😅 Tertiber rasa bersyukur sangat. Kenapa?  Sebab itu bermaksud ia adalah dari perut ayam, bukan dari tangan manusia. Eh...😌 Begitulah hidup manusia.. Allah beri sakit supaya kita boleh rasa apa itu sihat. Allah beri miskin supaya kita tahu apa itu kaya. Allah beri derita supaya kita sedar apa itu bahagia. Allah beri cabaran supaya kita nampak apa itu mudah! Kadang2.... kita lupa bersyukur...😔 Contohnya pagi tadi.. kita sarapan apa? Alkisahnya.. Ali pergi beli nasi lemak dalam perjalanan ke pejabat. Dia pun singgah la di gerai tepi jalan. Alamak.. orang ramai, kena parking jauh. Okay, tak apa. Ali pun pergi berjalan ke gerai. Mmmm... kena tunggu giliran beberapa orang. Okay, tak apa. Ali tunggu.. Selepas beberapa minit, tiba giliran Ali. Alamak! Ayam goreng berempah kegemaran Ali dah habis. Acik gerai tengah goreng. Okay, tak apa. Ali bersabar. Setelah beberapa minit, Ali pun dapat nasi lemak yang dihajati.. 😋 Dalam perjalanan balik ke kereta

Kenapa susah sangat ya Allah???...

  “Kenapa susah sangat ya Allah???....” Selalu tak kita kata macam ni? Cepat ngaku! 😏 Kita sibuk pergi training. Belajar di sana. Belajar di sini. Banyak yang nak kena belajar untuk berjaya ni...  Siapa yang beri kejayaan tu sebenarnya?? Bila nampak ada yang dah berjaya.. kita pun bertanya. “Buat macam mana? Apa tips?” Mereka pun dengan murah hati, berkongsi rahsia. Kita ikut.. tapi tak dapat!! 😭  Siapa yang beri kejayaan tu sebenarnya?? Kita sibuk. Tak cukup masa. Terkejar sana. Terkejar sini. Nak berjaya, perlu usaha. Aaarrrrgggghhhhh!!!! Macam mana orang lain buat boleh, aku tak boleh?! Siapa yang beri kejayaan tu sebenarnya? Pernah tak kita terfikir... A telah selamat sampai ke KL B telah selamat sampai ke KL C telah selamat sampai ke KL Kita pun tanya, macam mana untuk sampai. Mesti lah perjalanannya berbeza. Sebab itu kita tak dapat sampai. Kerana... A datang daripada Kedah B datang daripada Kelantan C datang daripada Johor Kita pulak nak pergi daripada

Assalamualaikum.. Salam sejahtera...

Dah lama rasanya tak blogging ni... hehehe.. jom la kita mulakan balik Ok... InsyaAllah disini kita akan share topik-topik demi untuk kesihatan badan, minda dan rohani. Agar semua seimbang ye.. Dunia ini hanya sementara, yang kekal adalah bila kita sudah meninggalkan dunia ini. Oooopppsss.. sila sentap! hahaaha... Cukup lah intro ni yer... Stay tuned untuk topik-topik menarik...