Syukur
Pagi tadi.. cuci telur.. Banyak 💩ayam 🤭😅
Tertiber rasa bersyukur sangat. Kenapa?
Sebab itu bermaksud ia adalah dari perut ayam, bukan dari tangan manusia. Eh...😌
Begitulah hidup manusia..
Allah beri sakit supaya kita boleh rasa apa itu sihat.
Allah beri miskin supaya kita tahu apa itu kaya.
Allah beri derita supaya kita sedar apa itu bahagia.
Allah beri cabaran supaya kita nampak apa itu mudah!
Kadang2.... kita lupa bersyukur...😔
Contohnya pagi tadi.. kita sarapan apa?
Alkisahnya.. Ali pergi beli nasi lemak dalam perjalanan ke pejabat. Dia pun singgah la di gerai tepi jalan. Alamak.. orang ramai, kena parking jauh. Okay, tak apa. Ali pun pergi berjalan ke gerai. Mmmm... kena tunggu giliran beberapa orang. Okay, tak apa. Ali tunggu..
Selepas beberapa minit, tiba giliran Ali. Alamak! Ayam goreng berempah kegemaran Ali dah habis. Acik gerai tengah goreng. Okay, tak apa. Ali bersabar. Setelah beberapa minit, Ali pun dapat nasi lemak yang dihajati.. 😋
Dalam perjalanan balik ke kereta, hujan rahmat turun.. Ali pun berlari ke kereta setelah agak basah.. Alhamdulillah perjalanan hingga ke pejabat, agak lancar.
Sampai di pejabat, Ali pun bercerita kepada Abu, kepayahannya untuk mendapatkan nasi lemak itu...
Lalu Abu pun berkata,
“Kesian kau, bersusah-payah untuk makan sebungkus nasi lemak kan...”
“Tapi pernah tak kau terfikir, dari mana asal nasi lemak tu?” Ali tergamam tak faham soalan Abu.
“Okay, macam ni. Sebelum terjadinya nasi lemak itu, adanya pesawah yang menanam padi, menuai, mengilang sehingga jadi beras. Adanya pemandu lori yang bawa beras tu ke kedai. Adanya acik gerai yang masak nasi tu. Ni baru cerita ringkas ni, belum detail lagi”
“Belum lagi cerita tentang penternak ayam. Penanam bawang, timun, pokok kelapa dan sebagainya. Kita nak makan beli je”
Ali terduduk diam.
Begitu lah hidup manusia. Kita nampak cabaran didepan mata tapi tak nampak banyak yang patut di syukuri.
Kita tak perlu start mesin untuk bernafas.
Kita tak perlu sewa di kedai untuk menggunakan kaki, tangan, mata, telinga,.....😭😭😭😭
Masyaallah
Alhamdulillah
~ Yang sedang berusaha untuk jadi lebih baik
Comments
Post a Comment